Allah SWT berkehendak untuk menciptakan Nabi Adam. Allah SWT berfirman
kepada para malaikat:
"Sesungguhnya Aku hendak menjadikan khalifah di bumi. " (QS. al-
Baqarah: 30)
Terdapat perbezaan pendapat berkenaan dengan makna khilafah (perihal
menjadi khalifah) Nabi Adam. Ada yang mengatakan, bahawa ia sebagai khalifah
dari kelompok manusia yang pertama-tama datang ke bumi di mana kelompok ini
membuat kerosakan dan menumpahkan darah di dalamnya. Ada yang mengatakan,
bahawa ia adalah khalifatullah, dengan pengertian bahawa ia sebagai khalifah
(utusan Allah) dalam melaksanakan perintah-perintah-Nya dan hukum-hukum-Nya,
kerana ia adalah utusan Allah yang pertama. Demikianlah yang kami yakini.
Abu Dzar bertanya kepada Rasulullah s.a.w tentang Nabi Adam: "Apakah
ia sebagai nabi yang diutus?" Beliau menjawab: "Benar." Beliau
ditanya: "Ia menjadi rasul bagi siapa? Sementara di bumi tidak ada seorang
pun?" Beliau menjawab: "Ia menjadi rasul bagi anak-anaknya."
Tabir penciptaan disingkap di tengah-tengah para malaikat-Nya. Allah SWT
berfirman:
"Ingatlah ketika Tuhanmu berfirman kepada para malaikat: 'Sesungguhnya
Aku hendak menjadikan seorang khalifah di muka bumi' Mereka berkata: 'Mengapa
Engkau hendak menjadikan khalifah di bumi itu orang yang akan membuat kerosakan
padanya dan menumpahkan darah, padahal Kami senantiasa bertasbih dengan memuji
Engkau dan menyucikan Engkau ?'
Tuhan berfirman: 'Sesungguhnya Aku mengetahui apa yang tidak kamu
ketahui.'" (QS. al-Baqarah: 30)
Berkenaan dengan ayat tersebut, para mufasir memberikan komentar yang
beragam. Dalam tafsir al-Manar disebutkan: "Sesungguhnya ayat- ayat ini
termasuk ayat-ayat mutasyabihat yang tidak dapat ditafsirkan zahirnya. Sebab,
di lihat dari ketentuan dialog (at-Takhathub) ia mengandung konsultasi dari
Allah SWT. Tentu yang demikian itu mustahil bagi-Nya. Di samping itu, ia juga
mengandung pemberitahuan dari-Nya kepada para malaikat yang kemudian diikuti
dengan penentangan dan perdebatan dari mereka. Hal seperti ini tidak layak bagi
Allah SWT dan bagi para malaikat-Nya. Saya lebih setuju untuk mengalihkan makna
cerita tersebut pada sesuatu yang lain."
Sedangkan dalam tafsir al-Jami' li Ahkamil Qur'an disebutkan:
"Sesungguhnya Allah telah memberitahukan kepada para malaikat-Nya, bahawa
jika Dia menjadikan ciptaan di muka bumi maka mereka akan membuat kerosakan dan
menumpahkan darah." Ketika Allah berfirman:
"Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di muka bumi,
" (QS. al-Baqarah: 30)
Mereka bertanya: "Apakah ini adalah khalifah yang Engkau ceritakan
kepada kami bahawa mereka akan membuat kerosakan di muka bumi dan menumpahkan
darah, ataukah khalifah selainnya?" Dalam tafsir Fi Zhilalil Qur'an
disebutkan: "Sesungguhnya para malaikat melalui fitrah mereka yang
suci yang tidak membayangkan kecuali kebaikan dan kesucian, mereka mengira
bahawa tasbih dan menguruskan Allah adalah puncak dari segala wujud. Puncak ini
terwujud dengan adanya mereka, sedangkan pertanyaan mereka hanya menggambarkan
kehairanan mereka, bukan berasal dari penentangan atau apa pun juga."
Kita melihat bagaimana para mufasir berijtihad untuk menyingkap hakikat,
lalu Allah SWT menyingkapkan kedalaman dari Al-Quran pada masing-masing dari
mereka. Kedalaman Al-Quran sangat mengagumkan. Kisah tersebut disampaikan dalam
gaya dialog, suatu gaya yang memiliki pengaruh yang kuat. Tidakkah Anda melihat
bahawa Allah SWT berfirman:
"Kemudian Dia menuju langit dan langit itu masih merupakan asap, lalu
Dia berkata kepadanya dan kepada bumi: Datanglah kamu keduanya menurut
perintah-Ku dengan suka hati atau terpaksa.' Keduanya menjawab: 'Kami datang
dengan suka hati.'" (QS. Fushshilat: 11)
Apakah seseorang membayangkan bahawa Allah SWT berbicara dengan langit dan
bumi, dan bumi dan langit pun menjawabnya sehingga terjadi dialog ini di antara
mereka? Sesungguhnya Allah SWT memerintahkan langit dan bumi sehingga keduanya
taat. Allah SWT menggambarkan apa yang terjadi dengan gaya dialog hanya untuk
meneguhkan dalam fikiran dan menegaskan maknanya serta penjelasannya.
Penggunaan gaya dramatis dalam kisah Nabi Adam mengisyaratkan makna yang dalam.
Kita membayangkan bahawa Allah SWT ketika menetapkan penciptaan Nabi Adam,
Dia memberitahukan kepada malaikat-Nya dengan tujuan agar mereka bersujud
kepadanya, bukan dengan tujuan mengambil pendapat mereka atau bermusyawarah
dengan mereka. Maha Suci Allah SWT dari hal yang demikian itu. Allah SWT
memberitahukan mereka bahawa Dia akan menjadikan seorang hamba di muka bumi,
dan bahawa khalifah ini akan mempunyai keturunan dan cucu-cucu, di mana mereka
akan membuat kerosakan di muka bumi dan menumpahkan darah di dalamnya. Lalu
para malaikat yang suci mengalami kebingungan. Bukankah mereka selalu bertasbih
kepada Allah dan mensucikan-Nya, namun mengapa khalifah yang terpilih itu bukan
termasuk dari mereka? Apa rahsia hal tersebut, dan apa hikmah Allah dalam
masalah ini? Kebingungan malaikat dan keinginan mereka untuk mendapatkan
kemuliaan sebagai khalifah di muka bumi, dan kehairanan mereka tentang
penghormatan Adam dengannya, dan masih banyak segudang pertanyaan yang tersimpan
dalam diri mereka. Namun Allah SWT segera menepis keraguan mereka dan
kebingungan mereka, dan membawa mereka menjadi yakin dan berserah diri.
Firman-Nya:
"Sesungguhnya Aku mengetahui apa yang kamu tidak ketahui." (QS.
al-Baqarah: 30)
Ayat tersebut menunjukkan keluasan ilmu Allah SWT dan keterbatasan ilmu
para malaikat, yang kerananya mereka dapat berserah diri dan meyakini kebenaran
kehendak Allah. Kita tidak membayangkan terjadinya dialog antara Allah SWT dan
para malaikat sebagai bentuk pengutusan terhadap Allah dan penghormatan
terhadap para malaikat- Nya. Dan kita meyakini bahawa dialog terjadi dalam diri
malaikat sendiri berkenaan dengan keinginan mereka untuk mengembang khilafah di
muka bumi, kemudian Allah SWT memberitahu mereka bahawa tabiat mereka bukan
disiapkan untuk hal tersebut.
Sesungguhnya tasbih pada Allah SWT dan menyucikan-Nya adalah hal yang
sangat mulia di alam wujud, namun khilafah di muka bumi bukan
hanya dilakukan dengan hal itu. Ia memerlukan karakter yang lain, suatu karakter
yang haus akan pengetahuan dan lumrah baginya kesalahan. Kebingungan atau
kehairanan ini, dialog yang terjadi dalam jiwa para malaikat setelah diberitahu
tentang penciptaan Nabi Adam, semua ini layak bagi para malaikat dan tidak
mengurangi kedudukan mereka sedikit pun. Sebab, meskipun kedekatan mereka
dengan Allah SWT dan penyembahan mereka terhadap-Nya serta penghormatan-Nya
kepada mereka, semua itu tidak menghilangkan kedudukan mereka sebagai hamba
Allah SWT di mana mereka tidak mengetahui ilmu Allah SWT dan hikmah-Nya yang
tersembunyi, serta alam ghaibnya yang samar. Mereka tidak mengetahui hikmah-Nya
yang tinggi dan sebab-sebab perwujudannya pada sesuatu.
Setelah beberapa saat para malaikat akan memahami bahawa Nabi Adam adalah
ciptaan baru, di mana dia berbeza dengan mereka yang hanya bertasbih dan
menyucikan Allah, dan dia pun berbeza dengan haiwan- haiwan bumi dan
makhluk-makhluk yang ada di dalamnya yang hanya menumpahkan darah dan membuat
kerosakan. Sesungguhnya Nabi Adam akan menjadi ciptaan baru dan keberadaannya
disertai dengan hikmah yang tinggi yang tidak ada seorang pun mengetahuinya
kecuali Allah SWT.
Allah SWT berfirman:
"Dan Aku tidak menciptakan jin dan manusia kecuali untuk menyembah
kepada-Ku." (QS. adz-Dzariyat: 56)
Ibnu Abbas membaca ayat tersebut: "Liya'rifuun" (agar mereka
mengenal Aku). Pengetahuan merupakan tujuan dari penciptaan manusia. Dan
barangkali pendekatan yang terbaik berkenaan dengan tafsir ayat tersebut adalah
apa yang disampaikan oleh Syekh Muhammad Abduh: "Dialog yang terdapat
dalam ayat tersebut adalah urusan Allah SWT dengan para malaikat-Nya di mana
Dia menggambarkan kepada kita dalam kisah ini dengan ucapan, pertanyaan, dan
jawapan. Kita tidak mengetahui hakikat hal tersebut. Tetapi kita mengetahui
bahawa dialog tersebut tidak terjadi sebagaimana lazimnya yang dilakukan oleh
sesama kita, manusia."
Para malaikat mengetahui bahawa Allah SWT akan menciptakan khalifah di muka
bumi. Allah SWT menyampaikan perintah-Nya kepada mereka secara terperinci. Dia
memberitahukan bahawa Dia akan menciptakan manusia dari tanah. Maka ketika Dia
menyempurnakannya dan meniupkan roh di dalamnya, para malaikat harus bersujud
kepadanya. Yang harus difahami bahawa sujud tersebut adalah sujud
penghormatan, bukan sujud ibadah, kerana sujud ibadah hanya
diperuntukkan kepada Allah SWT.
Allah SWT berfirman:
"Ingatlah ketika Tuhanmu berfirman kepada para malaikat: 'Sesungguhnya
Aku akan menciptakan manusia dari tanah.' Maka apabila telah Kusempurnakan
kejadiannya dan Kutiupkan kepadanya roh (ciptaan)Ku; hendaklah kamu bersyukur
dengan bersujud kepadanya. ' Lalu seluruh malikat itu bersujud semuanya,
kecuali Iblis. Dia menyombongkan diri dan dia termasuk orang-orang yang kafir.
" (QS. Shad: 71-74)
Allah SWT mengumpulkan segenggam tanah dari bumi; di dalamnya
terdapat yang berwarna putih, hitam, kuning, coklat dan merah. Oleh
kerana itu, manusia memiliki beragam warna kulit. Allah SWT mencampur
tanah dengan air sehingga menjadi tanah liat kering yang berasal dari lumpur hitam
yang diberi bentuk. Dari tanah inilah Allah menciptakan Nabi Adam. Allah
SWT menyempurnakannya dengan kekuasaan-Nya lalu meniupkan roh-Nya di dalamnya,
kemudian bergeraklah tubuh Nabi Adam dan tanda kehidupan mulai ada di dalamnya.
Selanjutnya, Nabi Adam membuka kedua matanya dan ia melihat para malaikat
semuanya bersujud kepadanya, kecuali satu makhluk yang berdiri di sana. Nabi
Adam tidak tahu siapakah makhluk yang tidak mahu bersujud itu. Ia tidak
mengenal namanya. Iblis berdiri bersama para malaikat tetapi ia bukan berasal
dari golongan mereka. Iblis berasal dari kelompok jin. Allah SWT menceritakan
kisah penolakan Iblis untuk sujud kepada Nabi Adam pada beberapa surah. Allah
SWT berfirman:
"Allah berfirman: 'Hai Iblis, apa yang menghalangi kamu sujud kepada
yang telah Ku-ciptakan dengan kedua tangan-Ku. Apakah kamu menyombongkan diri
ataukah kamu merasa termasuk orang-orang yang lebih tinggi? 'Iblis berkata:
'Aku lebih baik daripadanya, kerana Engkau ciptakan aku dari api, sedangkan dia
Engkau ciptakan dari tanah.' Allah berfirman: 'Maka keluarlah kamu dari syurga;
sesungguhnya kamu adalah orang yang terkutuk. Sesungguhnya kutukan-Ku tetap
atasmu sampai hari pembalasan.' Iblis berkata: 'Ya Tuhanku, bertangguhlah aku
sampai hari mereka dibangkitkan.' Allah berfirman: 'Sesungguhnya kamu termasuk
orang-orang yang diberi tangguh, sampai kepada hari yang telah ditentukan
waktunya (hari kiamat).' Iblis menjawab: 'Demi kekuasaan-Mu, aku akan
menyesatkan mereka semua, kecuali hamba-hamba-Mu yang mukhlis di antara
mereka.'" (QS. Shad: 75-83)
Nabi Adam mengikuti peristiwa yang terjadi di depannya. Ia merasakan
suasana cinta, rasa takut, dan kebingungan. Nabi Adam sangat cinta kepada Allah
SWT yang telah menciptakannya dan memuliakannya dengan memerintahkan para
malaikat-Nya untuk sujud kepadanya. Adam juga merasa takut saat melihat Allah
SWT marah terhadap iblis dan mengusirnya dari pintu rahmat-Nya. Ia merasakan
kebingungan ketika melihat makhluk ini yang membencinya, padahal ia belum
mengenalnya. Makhluk itu membayangkan bahawa ia lebih baik dari Nabi Adam,
padahal tidak ada bukti yang menunjukkan bahawa salah satu dari mereka lebih
baik dibandingkan dengan yang lain.
Kemudian alangkah anehnya alasan iblis. Ia membayangkan bahawa api lebih
baik dari tanah. Dari mana ia mendapatkan ilmu ini? Seharusnya ilmu ini berasal
dari Allah SWT kerana Dialah yang menciptakan api dan tanah dan mengetahui mana
di antara keduanya yang paling utama.
Dari dialog tersebut, Nabi Adam mengetahui bahawa iblis adalah makhluk yang
memakai atribut keburukan dan sifat yang tercela. Ia meminta
kepada Allah SWT agar mengekalkannya sampai hari kebangkitan. Iblis tidak ingin
mati. Namun Allah SWT mengetahui bahawa ia akan tetap hidup sampai hari yang
ditentukan. Ia akan hidup sampai menjemput ajalnya dan kemudian mati. Nabi Adam
mengetahui bahawa Allah SWT telah melaknat iblis dan telah mengusirnya dari
rahmat-Nya. Akhirnya, Nabi Adam mengetahui musuh abadinya. Nabi Adam bingung
dengan kenekatan musuhnya dan kasih sayang Allah SWT.
Barangkali ada seseorang yang bertanya kepada saya: "Mengapa Anda
tidak meyakini terjadi dialog antara Allah SWT dan para malaikat-Nya dan Anda
cenderung menakwilkan ayat-ayat tersebut, sedangkan Anda menerima adanya dialog
antara Allah dan iblis." Saya jawab: "Sesungguhnya akal menunjukkan
kita kepada kesimpulan tersebut. Terjadinya dialog antara Allah SWT dan para
malaikat-Nya adalah hal yang mustahil kerana para malaikat suci dari kesalahan
dan dosa dan keinginan-keinginan manusiawi yang selalu mencari ilmu. Sesuai
dengan karakter penciptaan mereka, mereka adalah pasukan yang setia dan mulia.
Adapun iblis ia terikat dan tunduk terhadap ketentuan agama, dan karakternya
sebagai jin mendekati karakter jenis ciptaan Nabi Adam. Dengan kata lain,
bahawa jin dapat beriman dan dapat juga menjadi kafir. Sesungguhnya
kecenderungan agama mereka dapat saja tidak berfungsi ketika mereka tertipu
oleh kesombongan yang palsu sehingga mereka mempunyai gambaran yang salah. Maka
dari sisi inilah terjadi dialog. Dialog di sini bererti kebebasan. Tabiat
manusia dan jin cenderung untuk menggunakan kebebasannya, sedangkan tabiat para
malaikat tidak dapat menggunakan kebebasan. Nabi Adam menyaksikan secara
langsung - setelah penciptaannya - kadar kebebasan yang Allah SWT berikan
kepada makhluk-Nya yang terkena tanggungjawab. Terjadinya pelajaran ini di
depan Nabi Adam mengandung maksud yang dalam.
Allah SWT tidak pernah mencabut kebebasan yang diberikan-Nya kepada iblis.
Namun pada akhirnya, iblis tetap sebagai hamba yang kafir. Iblis benar-benar
menolak untuk sujud kepada Nabi Adam. Allah SWT mengetahui bahawa ia akan
menolak untuk sujud kepada Nabi Adam dan akan menentang-Nya. Bisa saja Allah
SWT menghancurkannya atau mengubahnya menjadi tanah namun Allah memberikan
kebebasan kepada makhluk-makhluk-Nya yang dibebani tanggung jawab. Dia
memberikan kepada mereka kebebasan mutlak sehingga mereka bisa saja menolak
perintah-Nya. Tetapi yang perlu diperhatikan bahawa keingkaran orang-orang
kafir dan orang-orang yang bermaksiat kepada- Nya tidak bererti mengurangi
kebesaran kerajaan-Nya dan sebaliknya, keimanan orang-orang mukmin dan
kepatuhan orang-orang yang taat tidak bererti menambah kebesaran kekuasaan-Nya.
Semua itu kembali kepada mereka.
Adam menyedari bahawa kebebasan di alam wujud adalah merupakan kurniaan
yang Allah SWT berikan kepada makhluk-Nya. Allah SWT memberikan balasan yang
setimpal atas penggunaan kebebasan itu. Setelah mempelajari pelajaran
kebebasan, Nabi Adam mempelajari pelajaran kedua dari Allah SWT, yaitu ilmu.
Nabi Adam mengetahui bahawa iblis adalah simbol kejahatan di alam wujud.
Sebagaimana ia mengetahui bahawa para malaikat adalah simbol kebaikan,
sementara ia belum mengenal dirinya saat itu. Kemudian Allah SWT memberitahukan
kepadanya tentang hakikatnya, hikmah penciptaannya, dan rahsia penghormatannya.
Allah SWT berfirman:
"Dan Dia mengajarkan kepada Adam nama-nama (benda-benda) seluruhnya.
" (QS. al-Baqarah: 31)
Allah SWT memberinya rahsia kemampuan untuk meringkas sesuatu dalam
simbol-simbol dan nama-nama. Allah SWT mengajarinya untuk menamakan
benda-benda: ini burung, ini bintang, ini pohon, ini awan, dan seterusnya. Nabi
Adam mempelajari semua nama-nama tersebut. Yang di maksud dengan nama-nama di
sini adalah ilmu dan pengetahuan. Allah SWT menanamkan pengetahuan yang luas
dalam jiwa Nabi Adam dan keinginan yang terus mendorongnya untuk mengetahui
sesuatu. Hasrat untuk menggali ilmu dan belajar juga diwariskan kepada anak-
anaknya Nabi Adam. Inilah tujuan dari penciptaan Nabi Adam dan inilah rahsia di
balik penghormatan para malaikat kepadanya. Setelah Nabi Adam mempelajari nama
benda-benda; kekhususannya dan kemanfaatannya, Allah SWT menunjukkan
benda-benda tersebut atas para malaikat-Nya dan berkata:
"Sebutkanlah kepada-Ku nama benda-benda itu jika kamu memang orang-orang
yang benar. " (QS. al-Baqarah: 31)
Yang dimaksud adalah kebenaran mereka untuk menginginkan khilafah. Para
malaikat memperhatikan sesuatu yang ditunjukkan oleh Allah SWT kepada mereka,
namun mereka tidak mengenali nama-namanya. Mereka mengakui di hadapan Allah SWT
tentang kelemahan mereka untuk menamai benda-benda tersebut atau memakai
simbol-simbol untuk mengungkapkannya. Para malaikat berkata sebagai bentuk
pengakuan terhadap ketidakmampuan mereka:
"Maha Suci Engkau." (QS. al-Baqarah: 32)
Yakni, kami menyucikan-Mu dan mengagungkan-Mu.
"Tidak ada yang kami ketahui selain dari apa yang telah Engkau ajarkan
kepada Kami. Sesungguhnya Engkaulah Yang Maha Mengetahui lagi Maha
Bijaksana." (QS. al-Baqarah: 32)
Yakni, mereka mengembalikan semua ilmu kepada Allah SWT. Allah SWT berkata
kepada Adam:
"Hai Adam, beritahukanlah kepada mereka nama-nama benda ini."
(QS. al-Baqarah: 33)
Kemudian Nabi Adam memberitahu mereka setiap benda yang Allah SWT tunjukkan
kepada mereka dan mereka tidak mengenali nama-namanya:
"Dan Dia mengajarkan kepada Adam nama-nama (benda-benda) seluruhnya,
kemudian mengemukakannya kepada para malaikat itu lalu berfirman: 'Sebutkanlah
kepada-Ku nama benda-benda itu jika kamu memang orang-orang yang benar.' Mereka
menjawab:
'Maha Suci Engkau. Tidak ada yang kami ketahui selain dari apa yang telah
Engkau ajarkan kepada Kami. Sesungguhnya Engkaulah Yang Maha Mengetahui lagi
Maha Bijaksana. Allah berfirman: 'Hai Adam, beritahukanlah kepada mereka
nama-nama benda ini.' Maka setelah diberitahukannya kepada mereka nama
benda-benda itu, Allah berfirman: 'Bukankah sudah Kukatakan kepadamu, bahawa
sesungguhnya Aku mengetahui rahsia langit dan bumi dan mengetahui apa yang kamu
nyatakan dan apa yang kamu sembunyikan?'"(QS. al-Baqarah: 31-33)
Allah SWT ingin berkata kepada para malaikat, bahawa Dia mengetahui
kehairanan yang mereka tunjukkan, ketika Dia memberitahu mereka tentang
penciptaan Nabi Adam sebagaimana Dia mengetahui kebingungan yang mereka sembunyikan
dan sebagaimana juga Dia mengetahui kemaksiatan dan pengingkaran yang
disembunyikan oleh iblis.
Para malaikat menyedari bahawa Nabi Adam adalah makhluk yang mengetahui
sesuatu yang tidak mereka ketahui. Ini adalah hal yang sangat mulia. Dan para
malaikat mengetahui, mengapa Allah memerintahkan mereka untuk bersujud
kepadanya sebagaimana mereka memahami rahsia penciptaannya sebagai khalifah di
muka bumi, di mana ia akan menguasainya dan memimpin di dalamnya dengan ilmu
dan pengetahuan. Yaitu, pengetahuan terhadap Sang Pencipta yang kemudian
dinamakan dengan Islam atau iman. Para malaikat pun mengetahui sebab-sebab
kemakmuran bumi dan pengubahannya dan penguasaannya, serta semua hal yang
berkenaan dengan ilmu-ilmu mated di muka bumi.
Adalah hal yang maklum bahawa kesempurnaan manusia tidak akan terwujud
kecuali dengan pencapaian ilmu yang dengannya manusia dapat mengenal Sang
Pencipta, dan ilmu-ilmu yang berkenaan dengan alam. Jika manusia berhasil di
satu sisi, namun gagal di sisi yang lain maka ia laksana burung yang terbang
dengan sayap satu di mana setiap kali ia terbang sayap yang lain mencegahnya.
Nabi Adam mengetahui semua nama-nama dan terkadang ia berbicara bersama
para malaikat, namun para malaikat disibukkan dengan ibadah kepada Allah SWT.
Oleh kerana itu, Adam merasa kesepian. Kemudian Adam tidur dan tatkala ia
bangun ia mendapati seorang perempuan yang memiliki mata yang indah, dan tampak
penuh dengan kasih sayang. Kemudian terjadilah dialog di antara mereka:
Adam berkata: "Mengapa kamu berada di sini sebelum saya tidur."
Perempuan itu menjawab: "Ya." Adam berkata: "Kalau begitu, kamu
datang di tengah-tengah tidurku?" Ia menjawab: 'Ya." Adam bertanya:
"Dari mana kamu datang?" Ia menjawab: "Aku datang dari dirimu.
Allah SWT menciptakan aku darimu saat kamu tidur." Adam bertanya:
"Mengapa Allah menciptakan kamu?" Ia menjawab: "Agar engkau
merasa tenteram denganku." Adam berkata: "Segala puji bagi Allah. Aku
memang merasakan kesepian."
Para malaikat bertanya kepada Adam tentang namanya. Nabi Adam menjawab:
"Namanya Hawa." Mereka bertanya: "Mengapa engkau menamakannya
Hawa, wahai Adam?" Adam berkata: "kerana ia diciptakan dariku saat
aku dalam keadaan hidup."
Nabi Adam adalah makhluk yang suka kepada pengetahuan. Ia membagi
pengetahuannya kepada Hawa, di mana ia menceritakan apa yang diketahuinya
kepada pasangannya itu, sehingga Hawa mencintainya. Allah SWT berfirman:
"Dan Kami berfirman: 'Hai Adam, tinggallah kamu dan isterimu di syurga
ini, dan makanlah makanan-makanannya yang banyak lagi baik di mana saja yang
kamu sukai, dan janganlah kamu dekati pohon ini, yang menyebabkan kamu termasuk
orang-orang yang zalim.'" (QS. al- Baqarah: 35)
Kita tidak mengetahui tempat syurga ini. Al-Quran tidak membicarakan
tempatnya, dan para mufasir berbeza pendapat tentang hal itu. Sebahagian mereka
berkata: "Itu adalah syurga yang bakal dihuni oleh manusia (jannah
al-Ma'wa) dan tempatnya di langit." Namun sebahagian lagi menolak pendapat
tersebut. Sebab jika ia adalah jannah al-Ma'wa maka iblis tidak dapat
memasukinya dan tidak akan terjadi kemaksiatan di dalamnya. Sebahagian lagi
mengatakan: "Ia adalah syurga yang lain, yang Allah ciptakan untuk Nabi
Adam dan Hawa." Bahkan ada juga yang berpendapat bahawa ia adalah syurga
(taman) dari taman-taman bumi yang terletak di tempat yang tinggi. Dan
sekelompok mufasir yang lain menganjurkan agar kita menerima ayat tersebut apa
adanya dan menghentikan usaha untuk mencari hakikatnya. Kami sendiri sependapat
dengan hal ini. Sesungguhnya pelajaran yang dapat kita ambil berkenaan dengan
penentuan tempatnya tidak sedikit pun menyamai pelajaran yang dapat kita ambil
dari apa yang terjadi di dalamnya.
Nabi Adam dam Hawa memasuki syurga dan di sana mereka berdua merasakan
kenikmatan manusiawi semuanya. Di sana mereka juga mengalami
pengalaman-pengalaman yang berharga. Kehidupan Nabi Adam dan Hawa di syurga
dipenuhi dengan kebebasan yang tak terbatas. Dan Nabi Adam mengetahui makna
kebahagiaan yang ia rasakan pada saat ia berada di syurga bersama Hawa. Ia
tidak lagi mengalami kesepian. Ia banyak menjalin komunikasi dengan Hawa.
Mereka menikmati nyanyian makhluk, tasbih sungai-sungai, dan muzik alam sebelum
ia mengenal bahawa alam akan disertai dengan penderitaan dan kesedihan. Allah
SWT telah mengizinkan bagi mereka untuk mendekati segala sesuatu dan menikmati
segala sesuatu selain satu pohon, yang barangkali ia adalah pohon penderitaan
atau pohon pengetahuan. Allah SWT berkata kepada mereka sebelum memasuki
syurga:
"Dan janganlah kamu dekati pohon ini, yang menyebabkan kamu termasuk
orang-orang yang zalim.'" (QS. al-Baqarah: 35)
Nabi Adam dan Hawa mengerti bahawa mereka dilarang untuk memakan sesuatu
dari pohon ini, namun Nabi Adam adalah manusia biasa, dan sebagai manusia ia
lupa dan hatinya berbolak-balik serta tekadnya melemah. Maka iblis memanfaatkan
kemanusiaan Nabi Adam dan mengumpulkan segala kedengkiannya yang disembunyikan
dalam dadanya. Iblis terus berusaha membangkitkan waswas dalam diri Nabi Adam.
Apakah aku akan menunjukkan kepadamu pohon keabadian dan kekuasaan yang
tidak akan sirna? Nabi Adam bertanya-tanya dalam dirinya. Apa yang akan terjadi
seandainya ia memakan buah tersebut, barangkali itu benar-benar pohon
keabadian. Nabi Adam memang memimpikan untuk kekal dalam kenikmatan dan
kebebasan yang dirasakannya dalam syurga.
Berlalulah waktu di mana Nabi Adam dan Hawa sibuk memikirkan pohon itu.
Kemudian pada suatu hari mereka menetapkan untuk memakan pohon itu. Mereka lupa
bahawa Allah SWT telah mengingatkan mereka agar tidak mendekatinya. Mereka lupa
bahawa iblis adalah musuh mereka sejak dahulu. Nabi Adam menghulurkan tangannya
ke pohon itu dan memetik salah satu buahnya dan kemudian memberikannya kepada
Hawa. Akhirnya mereka berdua memakan buah terlarang itu.
Allah SWT berfirman:
"Dan derhakalah Adam kepada Tuhan dan sesatlah ia." (QS. Thaha:
121)
Tidak benar apa yang disebutkan oleh kitab-kitab kaum Yahudi bahawa Hawa
menggoda Nabi Adam yang kerananya ia bertanggungjawab terhadap pemakanan buah
itu. Nas Al-Quran tidak menyebut Hawa, namun ia menyebut Nabi Adam sebagai
orang yang bertanggungjawab atas apa yang terjadi. Demikianlah setan disalahkan
dan Nabi Adam juga disalahkan kerana kesombongan. Salah seorang dari mereka
menghina manusia, dan yang lain ingin menjadi tandingan bagi Allah SWT dalam
hal kekekalan.
Belum selesai Nabi Adam memakan buah tersebut sehingga ia merasakan
penderitaan, kesedihan, dan rasa malu. Berubahlah keadaan di sekitarya dan
berhentilah muzik indah yang memancar dari dalam dirinya. Ia mengetahui bahawa
ia tak berpakaian, demikian juga isterinya. Akhirnya, ia mengetahui bahawa ia
seorang lelaki dan bahawa isterinya seorang wanita. Ia dan isterinya mulai
memetik daun-daun pohon untuk menutup tubuh mereka yang terbuka. Kemudian Allah
SWT mengeluarkan perintah agar mereka turun dari syurga.
Nabi Adam dan Hawa turun ke bumi. Mereka keluar dari syurga. Nabi Adam
dalam keadaan sedih sementara Hawa tidak henti-hentinya menangis. kerana
ketulusan taubat mereka, akhirnya Allah SWT menerima taubat mereka dan Allah
SWT memberitahukan kepada mereka bahawa bumi adalah tempat mereka yang asli, di
mana mereka akan hidup di dalamnya, mati di atasnya, dan akan dibangkitkan
darinya pada hari kebangkitan. Allah SWT berfirman:
"Di bumi itu kamu hidup dan di bumi itu kamu mati, dan dari bumi itu
(pula) kamu akan dibangkitkan. " (QS. al-A'raf: 25)
Kemudian Allah SWT menceritakan kisah tentang pelajaran ketiga yang
diperoleh Nabi Adam selama keberadaannya di syurga dan setelah keluarnya ia
darinya dan turunnya ia ke bumi.
Allah SWT berfirman:
"Dan Sesungguhnya telah Kami perintahkan kepada Adam dahulu, maka ia
lupa (akan perintah itu), dan tidak Kami dapati padanya kemahuan yang kuat. Dan
(ingatlah) ketika Kami berkata kepada malaikat: 'Sujudlah kamu kepada Adam,'
maka mereka sujud kecuali Iblis. la membangkang. Maka Kami berkata: "Hai
Adam, sesungguhnya ini (Iblis) adalah musuh bagimu dan bagi isterimu, maka
sekali-kali janganlah sampai ia mengeluarkan kamu berdua dari syurga, yang
menyebabkan kamu menjadi celaka. Sesungguhnya kamu tidak akan kelaparan di
dalamnya dan tidak akan telanjang, dan sesungguhnya kamu tidak akan merasa
dahaga dan tidak pula akan di timpa panas matahari di dalamnya.' Kemudian setan
membisikkan fikiran jahat kepadanya, dengan berkata: 'Hai Adam, mahukah saya
tunjukkan kepada kamu pohon khuldi dan kerajaan yang tidak akan binasa ?' Maka
keduanya memakan dari buah pohon itu, lalu tampaklah bagi keduanya
aurat-auratnya dan mulailah keduanya menutupinya dengan daun-daun (yang ada di)
syurga, dan derhakalah Adam dan sesatlah ia. Kemudian Tuhannya memilihnya maka
Dia menerima taubatnya dan memberinya petunjuk. Allah berfirman: 'Turunlah kamu
berdua dari syurga bersama-sama, sebahagian kamu menjadi musuh bagi sebahagian
yang lain. Maka jika datang kepadamu petunjuk dari-Ku, lalu barang siapa yang
mengikuti petunjuk-Ku, ia tidak akan sesat dan tidak akan celaka.'" (QS.
Thaha: 115-123)
Sebahagian orang menganggap bahawa Nabi Adam keluar dari syurga kerana
kesalahannya dan kemaksiatannya. Ini adalah anggapan yang tidak benar kerana
Allah SWT berkehendak menciptakan Nabi Adam di mana Dia berkata kepada
malaikat: "Sesungguhnya aku akan menjadikan seorang khalifah di muka
bumi." Dan Dia tidak mengatakan kepada mereka: "Sesungguhnya aku akan
menjadikan khalifah di syurga."
Tidaklah turunnya Nabi Adam ke bumi sebagai penurunan penghinaan tetapi ia
merupakan penurunan kemuliaan sebagaimana dikatakan oleh kaum sufi. Allah SWT
mengetahui bahawa Nabi Adam dan Hawa akan memakan buah itu, dan selanjutnya
mereka akan turun ke bumi. Allah SWT juga mengetahui bahawa setan akan merampas
kebebasan mereka. Pengalaman merupakan dasar penting dari proses menjadi
khalifah di muka bumi agar Nabi Adam dan Hawa mengetahui - begitu juga
keturunan mereka - bahawa setan telah mengusir kedua orang tua mereka
dari syurga, dan bahawa jalan menuju syurga dapat dilewati dengan ketaatan
kepada Allah SWT dan permusuhan pada setan.
Apakah dikatakan kepada kita bahawa manusia adalah makhluk yang terpaksa,
dan bahawa Nabi Adam terpaksa atau dipaksa untuk berbuat kesalahan sehingga ia
keluar dari syurga dan kemudian turun ke bumi? Sebenarnya anggapan ini tidak
kalah bodohnya dari anggapan pertama. Sebab, Nabi Adam merasakan kebebasan
sepenuhnya, yang kerananya ia mengembang tanggung jawab dari perbuatannya. Ia
derhaka dan memakan buah tersebut sehingga Allah SWT mengeluarkannya dari
syurga. Maksiat yang dilakukannya tidak berlawanan dengan kebebasannya, bahkan
keberadaannya yang asli bersandar kepada kebebasannya. Alhasil, Allah SWT
mengetahui apa yang bakal terjadi. Dia mengetahui sesuatu sebelum terjadinya
sesuatu itu. Pengetahuan-Nya itu bererti cahaya yang menyingkap, bukan kekuatan
yang memaksa. Dengan kata lain, Allah SWT mengetahui apa yang akan terjadi,
tetapi Dia tidak mencegahnya atau mendorongnya agar terjadi. Allah SWT
memberikan kebebasan kepada hamba-hamba-Nya dan semua makhluk-Nya. Yang
demikian itu berkenaan dengan hikmah-Nya yang tinggi dalam memakmurkan bumi dan
mengangkat khalifah di dalamnya.
Nabi Adam memahami pelajaran ketiga. Ia memahami bahawa iblis adalah
musuhnya. Secara pasti ia mengerti bahawa iblis adalah penyebab ia kehilangan
nikmat dan penyebab kehancurannya. Ia mengerti bahawa Allah SWT akan menyeksa
seseorang jika ia berbuat maksiat, dan bahawa jalan menuju ke syurga dapat
dilewati dengan ketaatan kepada Allah SWT. Ia memahami bahawa Allah SWT
menerima taubat, memaafkan, menyayangi, dan memilih. Allah SWT mengajari mereka
agar beristighfar dan mengucapkan:
"Ya Tuhan kami, kami telah menganiaya diri kami sendiri, dan jika
Engkau tidak mengampuni kami dan memberi rahmat kepada kami, nescayalah
pastilah kami termasuk orang-orang yang merugi." (QS. al- A'raf: 23)
Allah SWT menerima taubatnya dan memaafkannya serta mengirimnya ke bumi.
Nabi Adam adalah Rasul pertama bagi manusia. Mulailah kehidupan Nabi Adam di
bumi. Ia keluar dari syurga dan berhijrah ke bumi, dan kemudian ia menganjurkan
hal tersebut (hijrah) kepada anak-anaknya dan cucu-cucunya dari kalangan nabi.
Sehingga setiap nabi memulai dakwahnya dan menyuruh kaumnya dengan cara keluar
dari negerinya atau berhijrah. Di sana Nabi Adam keluar dari syurga sebelum
kenabiannya, sedangkan di sini (di bumi) para nabi biasanya keluar (hijrah)
setelah pengangkatan kenabian mereka.
Nabi Adam mengetahui bahawa ia meninggalkan kedamaian ketika keluar dari
syurga. Di bumi ia harus menghadapi penderitaan dan pergelutan, di mana ia
harus menanggung kesulitan agar dapat makan, dan ia harus melindungi dirinya
dengan pakaian dan senjata, serta melindungi isterinya dan anak-anaknya dari
serangan binatang buas yang hidup di bumi. Sebelum semua itu dan sesudahnya, ia
harus meneruskan pertempurannya dengan pangkal kejahatan yang menyebabkannya
keluar dari syurga, yaitu syaitan. Di bumi, syaitan membuat waswas kepadanya
dan kepada anak-anaknya sehingga mereka masuk dalam neraka Jahim. Pertempuran
antara pasukan kebaikan dan pasukan kejahatan di bumi tidak akan pernah
berhenti. Maka barang siapa yang mengikuti petunjuk Allah SWT, ia tidak akan
merasakan ketakutan dan kesedihan, dan barang siapa yang bermaksiat kepada
Allah SWT dan mengikuti makhluk api, iblis, maka ia akan bersamanya di neraka.
Nabi Adam mengerti semua ini. Ia menyedari bahawa penderitaan akan
menyertai kehidupannya di atas bumi. Satu-satunya yang dapat meringankan
kesedihannya adalah, bahawa ia menjadi penguasa di bumi, yang kerananya ia
harus menundukkannya, memakmurkannya, dan membangunnya serta melahirkan
keturunan yang baik di dalamnya, sehingga mereka dapat mengubah kehidupan dan
membuatnya lebih baik. Hawa melahirkan dalam satu perut seorang lelaki dan
seorang perempuan, dan pada perut berikutnya seorang lelaki dan seorang
perempuan, maka dihalalkan perkahwinan antara anak lelaki dari perut pertama
dengan anak perempuan dari perut kedua. Akhirnya, anak-anak Nabi Adam menjadi
besar dan menikah serta memenuhi bumi dengan keturunannya.
Nabi Adam mengajak mereka untuk menyembah Allah SWT. Nabi Adam menyaksikan
kecenderungan pertama dari anaknya terhadap pangkal kejahatan, yaitu iblis
sehingga terjadilah kejahatan pembunuhan yang pertama kali di muka bumi. Salah
seorang anak Nabi Adam membunuh saudara kandungnya sendiri. Anak yang jahat itu
membunuh saudaranya yang baik. Allah berfirman:
"Ceritakanlah kepada mereka kisah kedua putera Adam (Habil dan Qabil)
menurut yang sebenarnya, ketika keduanya mempersembahkan korban, maka di
terimalah dari salah seorang dari mereka berdua (Habil) dan tidak diterima dari
yang lain (Qabil). (QS. al-Maidah: 27)
Dikatakan bahawa pembunuh ingin merebut isteri saudara kandungannya untuk
dirinya sendiri. Nabi Adam memerintahkan mereka berdua untuk menghadirkan
korban lalu setiap dari mereka menghadirkan korban yang dimaksud. Allah SWT
menerima korban dari salah satu dari mereka dan menolak korban yang lain:
"Ia (Qabil) berkata: 'Aku pasti membunuhmu.' Berkata Habil:
'Sesungguhnya Allah hanya menerima (korban) dari orang-orang yang bertakwa.
Sungguh kalau kamu menggerakkan tanganmu kepadaku untuk membunuhku, aku
sekali-kali tidak akan menggerakkan tanganku untuk membunuhmu. Sesungguhnya aku
takut kepada Allah, Tuhan sekalian alam. (QS. al-Maidah: 27-28)
Perhatikanlah bagaimana Allah SWT menyampaikan kepada kita kalimat- kalimat
yang diucapkan oleh anak Nabi Adam yang terbunuh sebagai syahid, dan ia
menyembunyikan kalimat-kalimat yang diucapkan oleh si pembunuh. Si pembunuh
mengangkat tangannya sambil mengancam, namun calon korban pembunuhan itu
berkata dengan tenang:
Sesungguhnya aku ingin agar kamu kembali dengan membawa dosa membunuhku dan
dosamu sendiri, maka kamu akan menjadi penghuni neraka, dan yang demikian
itulah pembalasan bagi orang- orang yang lalim. " (QS. al-Maidah: 29)
Selesailah percakapan antara mereka berdua dan anak yang jahat itu
membiarkan anak yang baik beberapa saat. Setelah beberapa hari, saudara yang
baik itu tidur di tengah-tengah hutan yang penuh dengan pohon. Di hutan itu,
keledai tua mati dan dagingnya dimakan oleh burung Nasar dan darahnya ditelan
oleh bumi. Yang tersisa hanya tulang belulang berserakan di tanah. Kemudian
saudaranya yang jahat membawanya menuju saudara kandungnya yang sedang tidur,
lalu ia mengangkat tangannya dan menjatuhkan dengan keras dan cepat. Anak
laki-laki baik itu tampak pucat wajahnya ketika melihat darah mengucur darinya,
lalu ia bangun. Ia bermimpi saat tidur. Lalu si pembunuh menghantam saudaranya
sehingga tidak tampak lagi gerakan dari tubuhnya. Si pembunuh puas bahawa
saudara kandungnya benar-benar mati. Pembunuh itu berdiri di depan korban
dengan tenang dan tampak pucat wajahnya.
Rasulullah saw bersabda: "Setiap orang yang membunuh jiwa yang tak
berdosa maka anak Adam yang pertama akan juga menanggung dosanya kerana ia yang
pertama kali mengajarkan pembunuhan." Si pembunuh terduduk di depan
saudaranya dalam keadaan berlumuran darah. Apa yang akan dikatakannya terhadap
Nabi Adam, ayahnya, jika ia bertanya kepadanya tentang hal itu. Nabi Adam
mengetahui bahawa mereka berdua keluar bersama-sama lalu mengapa ia kembali
sendinan. Seandainya ia mengingkari pembunuhan terhadap saudaranya itu di depan
ayahnya, maka di manakah ia dapat menyembunyikan jasadnya, dan di mana ia dapat
membuangnya? Saudaranya yang terbunuh itu merupakan manusia yang pertama kali
mad di muka bumi sehingga tidak diketahui bagaimana cara menguburkan orang yang
mati. Pembunuh itu membawa jasad saudara kandungnya dan memikulnya. Tiba-tiba
keheningan itu dipecah dengan suara burung yang berteriak sehingga ia merasa
ketakutan. Pembunuh itu menoleh dan menemukan seekor burung gagak yang
berteriak di atas bangkai burung gagak yang mati. Burung gagak yang hidup
meletakkan bangkai burung gagak yang mad di atas tanah lalu ia mulai menggali
tanah dengan paruhnya dan kedua kakinya. Kemudian ia mengangkatnya dengan
paruhnya dan meletakkannya dengan lembut dalam kuburan. Lalu ia menimbunkannya
di atas tanah. Setelah itu, ia terbang di udara dan kembali berteriak. Si
pembunuh berdiri dan ia mundur untuk meraih jasad saudara kandungnya dan
kemudian berteriak:
"Berkata Qabil: 'Aduhai, celaka aku, mengapa aku tidak mampu berbuat
seperti burung gagak ini, lalu aku dapat menguburkan saudaraku ini?" (QS.
al-Maidah: 31)
Ia mulai merasakan kesedihan yang sangat dalam atas apa yang telah
dilakukannya terhadap saudaranya. Ia segera menyadari bahawa ia adalah orang
yang paling buruk dan paling lemah. Ia telah membunuh orang yang paling utama
dan paling kuat. Anak Nabi Adam berkurang satu dan iblis berhasil
"mencuri" seorang anak Nabi Adam. Bergetarlah tubuh si pembunuh dan
ia mulai menangis dengan keras, lalu ia menggali kuburan saudara kandungnya.
Ketika mendengar kisah tersebut Nabi Adam berkata:
"Ini adalah perbuatan syaitan. Sesungguhnya syaitan itu adalah musuh
yang menyesatkan lagi nyata." (QS. al-Qashash: 15)
Nabi Adam merasakan kesedihan mendalam atas hilangnya salah satu anaknya.
Salah seorang dari mereka mad dan yang lain dikuasai oleh syaitan. Nabi Adam
salat untuk anaknya yang mati, dan kemudian ia kembali menjalani kehidupannya
di muka bumi. Beliau adalah manusia yang bekerja dan mengalami penderitaan.
Seorang Nabi yang menasihati anak-anaknya dan cucu-cucunya, serta mengajak
mereka untuk menyembah Allah SWT. Beliau menceritakan kejahatan iblis kepada
mereka, dan meminta kepada mereka agar berhati-hati darinya. Beliau
menceritakan pengalaman pribadinya bersama iblis kepada mereka, dan
menceritakan kehidupannya bersama anaknya yang tega membunuh saudara kandungnya
sendiri.
Nabi Adam telah menjadi dewasa, lalu tahun demi tahun datang silih berganti
sehingga anak-anaknya tersebar di bumi, lalu datanglah waktu malam di atas
bumi. Angin bertiup sangat kencang. Dan bergoncanglah daun-daun pohon tua yang
ditanam oleh Nabi Adam, di mana dahan- dahannya mendekati danau sehingga buahnya
menyentuh air danau. Dan ketika pohon itu menjadi tegak setelah berlalunya
angin, air mulai berjatuhan di antara cabang-cabangnya dan tampak dari jauh
bahawa pohon itu sedang menarik dirinya (memisahkan diri) dari air dan
menangis. Pohon itu sedih dan dahan-dahannya bergoncang. Sementara itu, di
langit tampak bahawa bintang-bintang juga bergoncang. Cahaya bulan menerobos
kamar Nabi Adam sehingga cahaya itu menerpa wajah Nabi Adam. Wajah Nabi Adam
tampak lebih pucat dan lebih muram dari wajah bulan. Bulan mengetahui bahawa
Nabi Adam akan mati.
Kamar yang sederhana, kamarnya Nabi Adam. Nabi Adam tertidur dengan
janggutnya yang putih dan wajahnya yang bersinar di atas tempat tidur dari
dahan-dahan pohon dan bunga-bunga. Anak-anaknya semua berdiri di sekelilingnya
dan menunggu wasiatnya. Nabi Adam berbicara dan memahamkan anak-anaknya bahawa
hanya ada satu perahu keselamatan bagi manusia, dan hanya ada satu senjata
baginya yang dapat menenangkannya. Perahu itu adalah petunjuk Allah SWT dan
senjata itu adalah kalimat-kalimat Allah SWT.
Nabi Adam menenangkan anak-anaknya, bahawa Allah SWT tidak akan membiarkan
manusia sendirian di muka bumi. Sesungguhnya Dia akan mengutus para nabi untuk
membimbing mereka dan menyelamatkan mereka. Para nabi itu memiliki nama-nama,
sifat-sifat, dan mukjizat- mukjizat yang berbeza-beza. Tetapi mereka
dipertemukan dengan satu hal, yaitu mengajak untuk menyembah Allah SWT semata.
Demikianlah wasiat Nabi Adam kepada anak-anaknya. Akhirnya, Nabi Adam
menutup kedua matanya, dan para malaikat memasuki kamarnya dan mengelilinginya.
Had Nabi Adam tersenyum ketika mendapatkan kata salam yang dalam, dan rohnya
mencium bau bunga syurga.






0 Komentar:
Posting Komentar