Nabi Ayub as menggambarkan sosok manusia yang paling sabar, bahkan bisa
dikatakan bahawa beliau berada di puncak kesabaran. Sering orang menisbatkan
kesabaran kepada Nabi Ayub. Misalnya, dikatakan: seperti sabarnya Nabi Ayub.
Jadi, Nabi Ayub menjadi simbol kesabaran dan cermin kesabaran atau teladan
kesabaran pada setiap bahasa, pada setiap agama, dan pada setiap budaya. Allah
s.w.t telah memujinya dalam kitab-Nya yang berbunyi:
"Sesungguhnya Kami dapati dia (Ayub) seorang yang sabar. Dialah
sebaik-baik hamba. Sesungguhnya dia amat taat (kepada Tuhannya)." (QS.
Shad: 44)
Yang di maksud al-Aubah ialah kembali kepada Allah s.w.t. Nabi Ayub adalah
seseorang yang selalu kembali kepada Allah s.w.t dengan zikir, syukur, dan
sabar. Kesabarannya menyebabkan beliau memperoleh keselamatan dan rahsia pujian
Allah s.w.t padanya.
Al-Quran al-Karim tidak menyebutkan bentuk dari penyakitnya, dan banyak
cerita-cerita dongeng yang mengemukakan tentang penyakitnya. Dikatakan bahawa
beliau terkena penyakit kulit yang dahsyat sehingga manusia-manusia enggan
untuk mendekatinya. Dalam cuplikan kitab Taurat disebutkan berkenaan dengan
Nabi Ayub: "Maka keluarlah syaitan dari haribaan Tuhan dan kemudian Ayub
terkena suatu luka yang sangat mengerikan dari ujung kakinya sampai
kepalanya." Tentu kita menolak semua ini sebagai suatu hakikat yang nyata.
Kami pun tidak mentolerir jika itu dianggap sebagai perbuatan seni semata.
Perhatikanlah ungkapan dalam Taurat: "Kemudian syaitan keluar dari
haribaan Tuhan kita," sebagai orang-orang Muslim, kita mengetahui bahawa
syaitan telah keluar dari haribaan Tuhan sejak Allah s.w.t menciptakan Adam as.
Maka, kapan syaitan kembali ke riba Tuhan? Kita berada di hadapan ungkapan
seni, tetapi kita tidak berada di hadapan suatu hakikat.
Lalu, bagaimana hakikat sakitnya Nabi Ayub dan bagaimana kisahnya? Yang
popular tentang cubaan Nabi Ayub dan kesabarannya adalah riwayat berikut: para
malaikat di bumi berbicara sesama mereka tentang manusia dan sejauh mana ibadah
mereka. Salah seorang di antara mereka berkata: "Tidak ada di muka bumi
ini seorang yang lebih baik daripada Nabi Ayub. Beliau adalah orang mukmin yang
paling sukses, orang mukmin yang paling agung keimanannya, yang paling banyak
beribadah kepada Allah s.w.t dan bersyukur atas nikmat-nikmat-Nya dan selalu
berdakwah di jalan-Nya." syaitan mendengarkan apa yang dikatakan lalu ia
merasa terganggu dengan hal itu. Kemudian ia pergi menuju ke Nabi Ayub dalam
rangka berusaha menggodanya tetapi Nabi Ayub adalah seorang Nabi di mana
hatinya dipenuhi dengan ketulusan dan cinta kepada Allah s.w.t sehingga syaitan
tidak mungkin mendapatkan jalan untuk mengganggunya.
Ketika syaitan berputus asa dari mengganggu Nabi Ayub, ia berkata kepada
Allah s.w.t: "Ya Rabbi, hamba-Mu Ayub sedang menyembah-Mu dan
menyucikan-Mu namun, ia menyembah-Mu bukan kerana cinta, tapi ia menyembah-Mu
kerana kepentingan-kepentingan tertentu. Ia menyembah-Mu sebagai balasan
kepada-Mu kerana Engkau telah memberinya harta dan anak dan Engkau telah
memberinya kekayaan dan kemuliaan. Sebenarnya ia ingin menjaga hartanya,
kekayaannya, dan anak-anaknya. Seakan-akan berbagai nikmat yang Engkau
kurniakan padanya adalah rahsia dalam ibadahnya. Ia takut kalau-kalau apa yang
dimilikinya akan binasa dan hancur. Oleh kerana itu, ibadahnya dipenuhi dengan
hasrat dan rasa takut. Jadi, di dalamnya bercampur antara rasa takut dan tamak,
dan bukan ibadah yang murni kerana cinta."
Riwayat tersebut mengatakan bahawa Allah s.w.t berkata kepada iblis:
"Sesungguhnya Ayub adalah hamba yang mukmin dan sejati imannya. Ayub
menjadi teladan dalam keimanan dan kesabaran. Aku membolehkanmu untuk
mengujinya dalam hartanya. Lakukan apa saja yang engkau inginkan, kemudian
lihatlah hasil dari apa yang engkau lakukan."
Akhirnya, syaitan pergi dan mendatangi tanah Nabi Ayub dan berbagai tanaman
dan kenikmatan yang dimilikinya. Kemudian syaitan itu menghancurkan semuanya.
Keadaan Nabi Ayub pun berubah dari puncak kekayaan ke puncak kefakiran.
Kemudian syaitan menunggu apa tindakan Nabi Ayub. Nabi Ayub berkata: "Oh
musibah dari Allah s.w.t. Aku harus mengembalikan kepada-Nya amanat yang ada di
sisi kami di mana Dia saat ini mengambilnya. Allah s.w.t telah memberi kami
nikmat selama beberapa masa. Maka segala puji bagi Allah s.w.t atas segala
nikmat yang diberikannya, dan Dia mengambil dari kami pada hari ini
nikmat-nikmat itu. Bagi-Nya pujian sebagai Pemberi dan Pengambil. Aku dalam
keadaan redha dengan keputusan Allah s.w.t. Dia-lah yang mendatangkan manfaat
dan mudarat. Dia-lah yang redha dan Dialah yang murka. Dia adalah Penguasa. Dia
memberikan kerajaan kepada siapa yang di kehendaki-Nya, dan mencabut kerajaan
dari siapa yang dikehendaki-Nya; Dia memuliakan siapa yang dikehendaki-Nya dan
menghinakan siapa yang dikehendaki- Nya." Kemudian Nabi Ayub sujud dan
Iblis tampak tercengang melihat pemandangan tersebut.
Lalu syaitan kembali kepada Allah s.w.t dan berkata: "Ya Allah, jika
Ayub tidak menerima nikmat kecuali dengan mengatakan pujian, dan tidak
mendapatkan musibah kecuali mendapatkan kesabaran maka hal itu sebagai bentuk
usahanya kerana ia mendapatkan anak. Ia mengharapkan dengan melalui mereka
kekayaannya meningkat dan melalui mereka ia dapat menjalani kehidupan yang
lebih mudah." Riwayat mengatakan bahawa Allah s.w.t membolehkan bagi
syaitan untuk berbuat apa saja kepada anak-anak Ayub. Kemudian syaitan
menggoncangkan rumah yang di situ anak-anaknya tinggal sehingga mereka semua
terbunuh. Dalam keadaan demikian, Nabi Ayub berdialog kepada Tuhannya dan
menyeru: "Allah memberi dan Allah mengambil. Maka bagi-Nya pujian saat Dia
memberi dan mengambil, saat Dia murka dan redha, saat Dia mendatangkan manfaat
dan mudarat. Kemudian Ayub pun sujud dan iblis lagi-lagi tampak tercengang dan
merasa malu."
Iblis kembali menemui Allah s.w.t dan mengatakan bahawa Ayub dapat bersabar
kerana badannya sehat. Seandainya Engkau memberi kekuasaan kepadaku, ya Rabbi,
untuk mengganggu badannya nescaya dia akan berhenti dari kesabarannya. Riwayat
mengatakan bahawa Allah s.w.t menginzinkan syaitan untuk mengganggu tubuh Ayub.
Dikatakan bahawa syaitan memukul tubuh Nabi Ayub dari kepalanya sampai kakinya
sehingga Nabi Ayub sakit kulit di mana tubuhnya membusuk dan mengeluarkan
nanah, bahkan keluarganya dan sahabat-sahabatnya meninggalkannya kecuali
isterinya. Namun lagi-lagi Nabi Ayub tetap bersabar dan bersyukur kepada Allah
s.w.t. Beliau memuji-Nya pada hari- hari kesehatannya dan ia tetap memuji Allah
s.w.t saat mendapatkan ujian sakit. Dalam dua keadaan itu, Nabi Ayub tetap
bersabar dan bersyukur kepada Allah s.w.t.
Melihat pemandangan itu, amarah syaitan semakin meningkat namun ia tidak
mengetahui apa yang harus dilakukannya. Di sini syaitan mengumpulkan para
penasihatnya dari pakar-pakar dan ia menceritakan tentang kisah Ayub dan
meminta mereka mengeluarkan pendapat—setelah ia menyampaikan rasa putus asanya
saat menggodanya atau mencuba menghilangkan sifat sabarnya dan syukurnya.
Salah seorang syaitan berkata: "Sungguh engkau telah mengeluarkan Adam
bapak manusia dari syurga, lalu dari mana engkau mendatanginya? Oh, yang engkau
maksud adalah Hawa?" Terbukalah di hadapan Iblis suatu ide yang baru. Lalu
ia pergi ke isteri Ayub dan memenuhi hatinya dengan rasa putus asa sehingga ia
pergi ke Ayub dan berkata padanya: "Sampai kapan Allah s.w.t menyiksamu?
Di mana harta, keluarga, teman dan kaum kerabat? Di mana masa jayamu dan
kemuliaanmu dahulu?"
Mendengar perkataan isterinya itu, Nabi Ayub menjawab: "Sungguh engkau
telah dikuasai oleh syaitan. Mengapa engkau menangisi kemuliaan yang telah
berlalu dan anak yang telah mati?" Perempuan itu berkata: "Mengapa
engkau tidak berdoa kepada Allah agar Dia menghilangkan cubaan darimu dan
menyembuhkanmu serta menghilangkan kesedihannmu?" Nabi Ayub berkata: "Berapa
lama kita merasakan kebahagiaan?" Isterinya menjawab: "Delapan
tahun." Ayub berkata: "Berapa lama kita mendapat penderitaan?"
Isterinya menjawab: "Tujuh tahun." Ayub berkata: "Aku malu jika
aku meminta agar Allah s.w.t melepaskan penderitaanku ketika aku melihat masa
kebahagiaanku. Sungguh imanmu tampak melemah dan keputusan Allah s.w.t membuat
hatimu menjadi sempit. Seandainya aku sembuh dan kembali kepada kekuatanku,
nescaya aku akan memukulmu dengan seratus kali pukulan dari tongkat. Sejak hari
ini, aku tidak memakan dari makananmu dan dari minumanmu atau memerintahkanmu
untuk melakukan suatu urusan. Maka pergilah kau dariku."
Akhirnya, isteri Nabi Ayub pergi sehingga Nabi Ayub tinggal sendirian dalam
keadaan sabar menanggung penderitaannya. Penderitaan yang seandainya ditimpakan
kepada gunung nescaya gunung tidak akan mampu menahannya. Kemudian Nabi Ayub
berdoa kepada Allah s.w.t dalam keadaan penuh kasih sayang dan meminta belas
kasih kepada-Nya. Beliau berdoa agar Allah s.w.t menyembuhkannya. Dan akhirnya,
doanya dikabulkan oleh Allah s.w.t. Demikianlah riwayat yang popular berkenaan
dengan penderitaan Nabi Ayub dan kesabarannya.
Menurut hemat kami riwayat ini palsu kerana ia sesuai dengan teks Taurat
yang menjelaskan sakitnya Nabi Ayub. Begitu juga kami tidak menerima jika
dikatakan bahawa penyakitnya sangat buruk sekali yang menyebabkan masyarakat
lari darinya sebagaimana dikatakan oleh dongeng-dongeng kuno. Bagi kami,
riwayat semacam itu bertentangan dengan kedudukan kenabian. Yang perlu kita
perhatikan dan perlu kita pastikan adalah apa-apa yang telah disampaikan oleh
Al-Quran berkenaan dengan cerita Nabi Ayub. Al-Quran adalah kitab satu-satunya
yang pasti benar yang tiada kebatilan di depan dan di belakangnya.
Allah s.w.t berfirman:
"Dan (ingatlah kisah) Ayub ketika ia menyeru Tuhannya: ('Ya Tuhanku),
sesungguhnya aku telah ditimpa penyakit dan Engkau adalah Tuhan Yang Maha
Penyayang di antara semua penyayang.' Maka Kami pun memperkenankan seruannya
itu, lalu Kami lenyapkan penyakit yang ada padanya dan Kami kembalian
keluarganya kepadanya, dan Kami lipat gandakan bilangan mereka, sebagai suatu
rahmat dari sisi Kami dan untuk menjadi peringatan bagi semua yang menyembah
Allah." (QS. al-Anbiya': 83-84)
Kita telah memahami bahawa Nabi Ayub adalah hamba yang soleh dari
hamba-hamba Allah s.w.t. Allah s.w.t menginginkan untuk mengujinya dalam
hartanya, keluarganya, dan badannya. Hartanya hilang sehingga ia menjadi orang
fakir setelah sebelumnya ia termasuk orang yang paling kaya. Kemudian ia
ditinggalkan oleh isterinya dan keluarganya sehingga ia merasakan erti
kesunyian dan kesendirian lalu ia ditimpa penyakit dalam tubuhnya dan ia merasa
menderita kerananya, tetapi beliau tetap sabar menghadapi semua itu dan tetap
bersyukur kepada Allah s.w.t.
Sakit yang dideritanya cukup lama sehingga beliau menghabiskan waktu- waktu
dan hari-harinya dalam keadaan sendirian bersama penyakitnya, rasa sedihnya,
dan kesendiriannya. Demikianlah Nabi Ayub merasakan segi tiga penderitaan. Segi
tiga penderitaan dalam hidupnya, yaitu sakit, kesedihan, dan kesendirian. Di
saat beliau mendapat cubaan seperti itu, pada suatu hari datang pada beliau
salah satu pemikiran syaitan. Fikiran itu berputar-putar di relung hatinya;
fikiran itu mengatakan padanya, wahai Ayub penyakit ini dan penderitaan yang
engkau rasakan oleh kerana godaan dariku. Seandainya engkau berhenti sabar
dalam satu hari saja nescaya penyakitmu akan hilang darimu. Kemudian
manusia-manusia berbisik-bisik dan berkata: Seandainya Allah s.w.t mencintainya
nescaya ia tidak akan merasakan penderitaan yang begitu hebat. Demikianlah
pemikiran yang jahat itu. syaitan tidak mampu untuk mengganggu seseorang
kecuali dengan izin Allah s.w.t sebagaimana Allah s.w.t tidak menjadikan
cinta-Nya kepada manusia identik dengan kesihatan mereka. Sesungguhnya Allah
s.w.t menguji mereka sebagaimana yang dikehendaki-Nya.
Fikiran syaitan itu berputar di sekitar hati Nabi Ayub seperti berputarnya
lalat di musim panas di sekitar kepala manusia, namun beliau mampu menghilangkan
fikiran ini dan sambil tersenyum kepada dirinya beliau berkata: "Keluarlah
hai syaitan! Sungguh aku tidak akan berhenti bersabar, bersyukur, dan
beribadah." Akhirnya, fikiran jahat itu dengan rasa putus asa keluar dari
akal Nabi Ayub. Nabi Ayub duduk dalam keadaan marah kerana syaitan berani untuk
mengganggunya. Beliau membayangkan bahawa boleh jadi syaitan berani menggodanya
dengan memanfaatkan kesendiriannya, penderitaannya, dan penyakitnya.
Isteri Nabi Ayub datang dalam keadaan terlambat dan mendapati Nabi Ayub
dalam keadaan marah. Isterinya itu menutupi kepalanya dengan suatu kain
tertutup. Isteri Nabi Ayub menghadirkan atau menghidangkan makanan yang baik
untuknya. Nabi Ayub bertanya padanya: "Dari mana engkau mendapati
wang?" Nabi Ayub telah bersumpah akan memukulnya seratus kali pukulan
dengan tongkat ketika beliau sembuh, tetapi kesabarannya sungguh sangat luas
seperti sungai yang besar. Dan di waktu sore, setelah mengetahui kehalalan
makanan yang dihidangkan, beliau pun memakannya. Kemudian Nabi Ayub keluar
menuju ke gunung dan berdoa kepada Tuhannya.
Allah s.w.t berfirman:
"Dan ingatlah akan hamba Kami Ayub ketika ia menyeru Tuhannya:
'Sesungguhnya aku diganggu syaitan dengan kepayahan dan seksaan' (Allah
berfirman): 'Hentamkanlah kakimu; inilah air yang sejuk untuk mandi dan untuk
minum. Dan Kami anugerahi dia (dengan mengumpulkan kembali) keluarganya dan
(Kami tambahkan) kepada mereka sebanyak mereka pula sebagai rahmat dari Kami
dan pelajaran bagi orang-orang yang mempunyai fikiran. Dan ambillah dengan
tanganmu seikat (rumput), maka pukullah dengan itu dan janganlah kamu melanggar
sumpah. Sesungguhnya Kami mendapati dia (Ayuh) seorang yang sabar. Dialah
sebaik-baik hamba. Sesungguhnya dia sangat taat (kepada Tuhannya)." (QS.
Shad: 41-44)
Bagaimana kita memahami perkataan Nabi Ayub, "Sesungguhnya aku
diganggu syaitan dengan kepayahan dan seksaan."? Nabi Ayub ingin
mengadukan kepada Tuhannya perihal keberanian syaitan padanya di mana syaitan
membayangkan bahawa ia dapat mengganggunya. Nabi Ayub tidak percaya bahawa
sakit yang dideritanya adalah datang kerana pengaruh syaitan.
Demikianlah pemahaman yang sesuai dengan kemaksuman para nabi dan
kesempurnaan mereka. Allah s.w.t memerintahkan beliau untuk mandi di salah satu
mata air di gunung. Allah s.w.t memerintahkannya agar beliau minum dari mata
air ini. Kemudian Nabi Ayub melaksanakan perintah ini dan mandi serta minum.
Belum lama beliau minum pada tegukan yang terakhir sehingga beliau merasakan
sehat dan sembuh sepenuhnya dari penyakitnya. Kemudian suhu panas dalam
tubuhnya pun kembali normal seperti biasanya. Allah s.w.t memberikan kepada
Ayub dan keluarganya dan orang-orang yang seperti mereka suatu rahmat dari
sisi-Nya sehingga Nabi Ayub tidak kembali sendirian. Allah s.w.t memberinya
berlipat-lipat kekayaan dan kemuliaan dari sisi-Nya sehingga Ayub tidak menjadi
fakir.
Nabi Ayub kembali mendapatkan kesehatannya setelah lama merasakan
penderitaan dan sakit; Nabi Ayub bersyukur kepada Allah s.w.t. Beliau telah
bersumpah untuk memukul Isterinya sebanyak seratus pukulan dengan tongkat
ketika beliau sembuh. Sekarang beliau sembuh maka Allah s.w.t mengetahui bahawa
beliau tidak bermaksud untuk memukul Isterinya. Namun agar beliau tidak sampai
melanggar janjinya dan sumpahnya, Allah s.w.t memerintahkannya agar segera
mengumpulkan seikat ranting dari bunga Raihan yang berjumlah seratus dan
hendaklah beliau memukulkan itu kepada isterinya dengan sekali pukulan. Dengan
demikian, beliau telah memenuhi sumpahnya dan tidak berbohong. Allah s.w.t
membalas kesabaran Ayub dan memujinya dalam Al-Quran sebagaimana firman-Nya:
"Sesungguhnya Kami dapati dia (Ayub) seorang yang sabar. Dialah
sebaik-baik hamba. Sesungguhnya dia amat taat (kepada Tuhannya)." (QS.
Shad: 44)






0 Komentar:
Posting Komentar