Dikisahkan dalam sebuah kitab karangan Imam Al-Ghazali bahawa pada suatu
hari Nabi Isa a.s berjalan di hadapan seorang pemuda yang sedang menyiram air
dikebun. Bila pemuda yang sedang menyiram air itu melihat Nabi Isa a.s berada
di hadapannya maka dia pun berkata, "Wahai Nabi Isa a.s, kamu mintalah
dari Tuhanmu agar Dia memberi kepadaku seberat semut Jarrah cintaku
kepada-Nya." Berkata Nabi Isa a.s, "Wahai saudaraku, kamu tidak akan
terdaya untuk seberat Jarrah itu."
Berkata pemuda itu lagi, "Wahai Isa a.s, kalau aku tidak terdaya untuk
satu Jarrah, maka kamu mintalah untukku setengah berat Jarrah." Oleh
kerana keinginan pemuda itu untuk mendapatkan kecintaannya kepada Allah, maka
Nabi Isa a.s pun berdoa, "Ya Tuhanku, berikanlah dia setengah berat Jarrah
cintanya kepada-Mu." Setelah Nabi Isa a.s berdoa maka beliau pun berlalu
dari situ. Selang beberapa lama Nabi Isa a.s datang lagi ke tempat pemuda yang
memintanya berdoa, tetapi Nabi Isa a.s tidak dapat berjumpa dengan pemuda itu.
Maka Nabi Isa a.s pun bertanya kepada orang yang lalu-lalang di tempat
tersebut, dan berkata kepada salah seorang yang berada di situ bahawa pemuda
itu telah gila dan kini berada di atas gunung.
Setelah Nabi Isa a.s mendengat penjelasan orang-orang itu maka beliau pun
berdoa kepada Allah S.W.T, "Wahai Tuhanku, tunjukkanlah kepadaku
tentang pemuda itu." Selesai sahaja Nabi Isa a.s berdoa maka
beliau pun dapat melihat pemuda itu yang berada di antara gunung- ganang dan
sedang duduk di atas sebuah batu besar, matanya memandang ke langit.
Nabi Isa a.s pun menghampiri pemuda itu dengan memberi salam, tetapi pemuda
itu tidak menjawab salam Nabi Isa a.s, lalu Nabi Isa berkata, "Aku ini Isa
a.s."Kemudian Allah S.W.T menurunkan wahyu yang berbunyi, "Wahai
Isa, bagaimana dia dapat mendengar perbicaraan manusia, sebab dalam hatinya itu
terdapat kadar setengah berat Jarrah cintanya kepada-Ku. Demi Keagungan dan
Keluhuran-Ku, kalau engkau memotongnya dengan gergaji sekalipun tentu dia tidak
mengetahuinya."
Pengajaran
Barangsiapa yang mengakui tiga perkara tetapi tidak menyucikan diri dari
tiga perkara yang lain maka dia adalah orang yang tertipu.
1. Orang yang mengaku kemanisan berzikir kepada Allah, tetapi dia mencintai
dunia.
2. Orang yang mengaku cinta ikhlas di dalam beramal, tetapi dia ingin
mendapat sanjungan dari manusia.
3. Orang yang mengaku cinta kepada Tuhan yang menciptakannya, tetapi tidak
berani merendahkan dirinya.
Rasulullah S.A.W telah bersabda, "Akan datang waktunya umatku akan
mencintai lima dan lupa kepada yang lima :
1. Mereka cinta kepada dunia. Tetapi mereka lupa kepada akhirat.
2. Mereka cinta kepada harta benda. Tetapi mereka lupa kepada hisab.
3. Mereka cinta kepada makhluk. Tetapi mereka lupa kepada al- Khaliq.
4. Mereka cinta kepada dosa. Tetapi mereka lupa untuk bertaubat.
5. Mereka cinta kepada gedung-gedung mewah. Tetapi mereka lupa kepada
kubur."






0 Komentar:
Posting Komentar